Keluaran dan promosi ManifestaSITI2020

Sebelum keluaran rasmi, ManifestaSITI2020 telah habis dijual sebanyak 2,000 unit sehari selepas pra-tempahan dibuka.[12] Jumlah itu ialah untuk tempahan bagi keluaran pertama dan untuk keluaran kedua akan dibuka.[2] Menurut Siti: "Kami juga yakin dengan adanya Affiliate SNP atau ejen SNP yang menjual album ini, angka jualan akan bertambah dari semasa ke semasa kerana pembelian pra-tempahan juga memberangsangkan,".[2][13]

ManifestaSITI2020 pada asalnya dijadualkan untuk keluaran pada April 2020, sempena ulang tahun ke-25 kerjaya muzik Siti namun ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.[9] Album ini dilancarkan secara rasmi pada 3 Julai 2020[14] di The Sphere, Bangsar South, Bangsar, Kuala Lumpur.[15][16] Pada majlis pelancaran album terbarunya, Siti turut mengumumkan bahawa muzik video "7 Nasihat", duet bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta akan dilancarkan di saluran YouTube rasmi beliau pada 7 Julai 2020 jam 7.07 malam.[14]

Rujukan

WikiPedia: ManifestaSITI2020 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelancara... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/terang-t... https://music.apple.com/my/album/manifestasiti2020... https://gempak.com/artikel/38476/kulit-album-siti-... https://www.malaysiakini.com/hiburan/532919 https://open.spotify.com/album/5iQRgamyWPUpuhQG98X... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/09/379153/anta-...